Monday, 30 April 2012

Pasangan kekasih mati dalam keadaan aib.


NUSAJAYA: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di sebelah teman lelakinya yang turut tidak berpakaian lengkap dan tidak sedarkan diri dalam sebuah Proton Iswara di Kangkar Pulai, Kilometer 10 Jalan Pontian Lama, di sini tengah hari semalam.
Pasangan kekasih itu ditemui dalam keadaan mengaibkan dalam ladang kelapa sawit yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari jalan raya berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, wanita 23 tahun yang juga pekerja kilang dan pasangannya berusia 20-an itu ditemui orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan, sebelum menghubungi polis.

Difahamkan, kedua-dua mangsa ditemui terbaring di tempat duduk hadapan dengan lelaki berkenaan di tempat duduk pemandu. Enjin kereta berkenaan masih hidup ketika mereka ditemui.

Real Madrid makin hampir merangkul gelaran liga buat kali ke-33 dalam sejarah.


MADRID: Cristiano Ronaldo (gambar) menyumbat gol ke-43 dalam liga musim ini untuk membantu kemenangan 3-0 Real Madrid di gelanggang sendiri ke atas Sevilla semalam sekali gus menghampiri kejuaraan La Liga pertama dalam tempoh empat tahun.
Ia adalah kemenangan yang amat diperlukan buat anak buah Jose Mourinho selepas dikejutkan dengan kekalahan pada separuh akhir Liga Juara-Juara Rabu lalu di tangan Bayern Munich dan mereka boleh memastikan kejuaraan sekiranya pasukan tangga kedua, Barcelona tumpas di tangan Rayo Vallecano pagi tadi.

Karim Benzema menyumbang dua gol pantas pada babak kedua ketika Real mengumpul 91 mata dengan berbaki tiga perlawanan, manakala Barca ketinggalan 10 mata di belakang dengan 81.

Thursday, 26 April 2012

beyern munich singkirkan real madrid di separuh akhir

Bayern Munich berjaya mengawal gawang mereka daripada di bolosi lebih banyak gol oleh real madrid awal pagi tadi..awal pagi tadi bayern tewas 1-2 kepada real madrid namun layak selepas penentuan sepakan penalti. pada mggu lalu,real tewas 1-2 juga kepada bayern.

Sunday, 22 April 2012

Barca tumbang di Nou Cump.

Real Madrid akhirnya berjaya menumbangkan Barcelona sejak 2 tahun dan memecahkan rekod Barca dalam 55 perlawanan tanapa kalah di laman sendiri..Kemenangan 2-1 semalam menyaksikan anak-anak buah Jose Mourinho jauh meninggalkan Barca dengan 7 mata dan di jangka akan merangkul gelaran liga Sepanyol buat kali ke 34 musim ini.Dengan berbaki 4 perlawanan,Real Madrid di jangka mudah memenangi baki perlawanan selepas ini..Bagi Barca pula,mereka kini menumpukan perhatian terhadap perlawanan menentang Chelsea awal pagi Rabu ini dan di jangka akan diberi saingan sengit oleh Chelsea setelah mereka tewas di Stamford Bridge 0-1 ketika gelaran liga sudah tertutup.Manakala bagi Real Madrid,mereka di jangka bermain habis-habisan untuk menewaskan Bayern Munich di kota Madrid selepas tewas 1-2 di Munich.Perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah akan berlangsung pada 19 Mei 2012 di Munich.