MADRID: Cristiano Ronaldo (gambar) menyumbat gol ke-43 dalam liga musim ini untuk membantu kemenangan 3-0 Real Madrid di gelanggang sendiri ke atas Sevilla semalam sekali gus menghampiri kejuaraan La Liga pertama dalam tempoh empat tahun.
Ia adalah kemenangan yang amat diperlukan buat anak buah Jose Mourinho selepas dikejutkan dengan kekalahan pada separuh akhir Liga Juara-Juara Rabu lalu di tangan Bayern Munich dan mereka boleh memastikan kejuaraan sekiranya pasukan tangga kedua, Barcelona tumpas di tangan Rayo Vallecano pagi tadi.
Karim Benzema menyumbang dua gol pantas pada babak kedua ketika Real mengumpul 91 mata dengan berbaki tiga perlawanan, manakala Barca ketinggalan 10 mata di belakang dengan 81.
No comments:
Post a Comment